Pasar Besar Seremban sengaja dibakar

 

SEREMBAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan mengesahkan kejadian kebakaran yang berlaku di Pasar Besar Seremban adalah disebabkan unsur khianat.

Pengarahnya, Norazam Khamis berkata hasil siasatan yang dilakukan pihaknya telah mengesan lima sampel yang mengandungi residu cecair mudah terbakar jenis petrol di salah sebuah kedai makan di lokasi kejadian.
Katanya, kebakaran berlaku dipercayai disebabkan api yang dinyalakan mengunakan petrol yang telah dicurahkan di hadapan pintu mudah laras kedai makan berkenaan di tingkat 1, sebelum merebak ke tempat lain.

"Berdasarkan penemuan tersebut punca kebakaran adalah sengaja dibakar.

"Hasil siasatan telah pun diserahkan kepada pihak polis untuk tindakn susulan,"katanya kepada media di Wisma Negeri tadi.
Credit. http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/melaka-ns/pasar-besar-seremban-sengaja-dibakar-1.754361
logoblog
Previous
« Prev Post

1 comment: