PORT DICKSON - Fenomena belalai air berlaku sekitar jam 10.30 pagi semalam di perairan Port Dickson.
Fenomena itu boleh disedari oleh pengunjung pantai dari kawasan Pantai Bagan Pinang, Pantai Saujana, Pantai Cahaya Negeri dan Pantai Batu 6.
Sinar Harian difahamkan, belalai air tersebut berlegar-legar sekitar lima minit sebelum hilang.
Seorang pengunjung pantai, Khairul Nadem Nasron, 35, berkata, ketika kejadian langit gelap kerana keadaan awam yang tebal.
"Kawan yang nampak, dan mula-mula rasa risau juga takut dia naik sampai ke pantai, tapi sekejap je dalam lima minit macam tu, dah hilang.
"Ini kali pertama saya menyaksikan belalai air depan mata, dan lepas saya 'google', sebenarnya dah beberapa kali fenomena ini berlaku di Port Dickson," katanya.
No comments:
Post a Comment