SEREMBAN, 20 Mac (Bernama) -- Kibing Group (M) Sdn Bhd, anak syarikat Zhuzhou Kibing Group Co Ltd, China, membelanjakan RM900 juta untuk membina kilang kaca di Senawang.
Pengarah Urusannya Lim Swee Ee berkata fasa pertama kilang berteknologi tinggi itu, yang dibina di kawasan seluas 24.28 hektar, mengambil masa setahun untuk siap manakala fasa kedua yang melibatkan kos RM450 juta, akan dimulakan bulan depan dan siap pada Februari 2018, katanya kepada pemberita selepas pembukaan kilang itu di sini hari ini.
Kilang itu dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
No comments:
Post a Comment