PUTRAJAYA 1 Mac - Rampasan bernilai RM247,500 berjaya dibuat menerusi Ops Bersepadu Khas Tayar Celup dalam dua serbuan berasingan di dua premis di Bukit Beruntung, Selangor dan Senawang, Negeri Sembilan.
Rampasan membabitkan 480 tayar celup komersial dengan pelekat SIRIM yang tidak mendapat pensijilan dan 1,374 keping pelekat SIRIM MS224-2005 palsu.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, serbuan berkenaan dilakukan di premis di Kawasan Perindustrian Bukit Beruntung pada 23 Februari lalu dan Kawasan Perindustrian Senawang pada 28 Februari lepas.
https://www.utusan.com.my/berita/terkini/rampasan-bernilai-rm247-500-dalam-ops-tayar-celup-1.450696
No comments:
Post a Comment