SEREMBAN: Seorang lagi pelajar sekolah di negeri ini dipatuk ular dalam kejadian di sebuah sekolah berasrama di sini, malam Sabtu lalu. Bagaimanapun, pelajar Tingkatan Tiga itu selamat selepas mendapat rawatan segera di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini.
Sumber berkata, dalam kejadian jam 9 malam itu, pelajar terbabit yang dalam perjalanan pulang ke asrama dari surau bersama rakannya, mengadu dipatuk haiwan berbisa ketika melalui jalan yang gelap. "Warden asrama segera membawanya ke HTJS dan doktor mengesahkan dia dipatuk ular. Keadaannya stabil dan dibenarkan keluar dari hospital hari ini, " katanya di sini, hari ini.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Ini adalah kejadian ketiga pelajar dipatuk ular dalam kawasan sekolah dalam tempoh dua minggu. Kejadian pertama menyebabkan murid Tahun Satu maut di Kota Bharu, Kelantan, 19 April lalu, manakala dalam kejadian kedua di Rembau dekat sini,
20 April lalu, seorang Murid Tahun Dua pengsan dan sempat dihantar ke hospital untuk rawatan.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/147351
No comments:
Post a Comment