Beberapa kawasan di daerah Rembau, Port Dickson, Seremban dan Tampin akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai pukul 8 pagi esok.
Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Norzita Ismail berkata gangguan adalah disebabkan kerja-kerja pencucian muka sauk, penyelenggaraan loji rawatan air dan penyambungan paip.
Di Daerah Rembau, antara kawasan yang terlibat dengan gangguan mulai pukul 8 pagi hingga 8 pagi keesokkan hari ialah Exevalley Orchid Park, Jalan (Jln) Kekwa, Kampung (Kg) Delima, Jln Melur, Kg. Kundur Hilir, Kolej Kemahiran Tinggi, Jln Kg Kundur Tengah, Sekolah (Sek.) Menengah (Men.) Sains Kundur.
Jln Tanjung Semut 2, Desa Permai Kundur, Jln Lebai Daim, Jln Pelebar Dalam, Jln Masjid Lama, Jln Semerah Padi, Jln Kasturi, Jln Anak Air Jerneh, Jln Balai Panjang dan Jln Solok Kelemak, Jln Datuk Laksamana, Simpang Kolam Bukit Kunyit 1 ke Lubok Cina, Simpang Kolam Bukit Kunyit 2 ke Kundur, Ladang Bukit Bertam/Kg Bukit Bertam, Jln Batu Berendam, Kg. Sungai (Sg.) Timun Dalam.
Kg Sg Timun Luar, Rumah Rakyat Lubuk Cina Fasa 1&2, Dataran Lubuk Cina, Jln Semin Indah, Panchang (1,4,5,6,7,8), Kg Baru Semin, Ladang Sg. Baru, Pasar Lubuk Cina, Kg Nerambai, Jln. Hulu Nerambai, Jln. Perigi Batu, Jln. Harimau Terjun, Kg. Titian Bintangor, Jln. Batu Berdinding, Paya Mengantuk, Jln Mesin Kelompok, PLKN, Jln Limau Kambing, Jln Solok Kelubi, Jln Kuala Dadih, Jln Kasim Sifat, Kg. Semerbok, Kg. Batang Merbok, Kg. Baru Semerbok, Jln Sg. Serai Semerbok dan Jln Padang Kerbau Semerbok.
Gangguan di Daerah Port Dickson dalam tempoh yang sama ialah Kg. Pengkalan Durian Linggi, Rumah Rakyat Pengkalan Durian (Fasa 1 & Fasa 2), Taman (Tmn.) Linggi, sebahagian kawasan Tampin Linggi, seluruh kawasan Linggi, Rumah Rakyat Permatang Pasir, Kg Sua Manggis, Kg Permatang Linggi, Tarzan Estet, Felcra Air Hitam Sengkang dan kawasan Pengkalan Kempas.
Batu 18, 19, 20, 21, 22 Pengkalan Kempas, Kg Tanjung Agas, Kg Sungai Raya, kawasan Bukit Tembok, Tmn Sengkang, seluruh kawasan Pekan & Kg Pasir Panjang, Kg. Orang Asli Bukit Kepong, Batu 15 Pasir Panjang sehingga Batu 12 Jln Pantai, Kg Telok Pelanduk, Tmn. Peranginan Mutiara, Tmn. Green View.
Batu (Bt) 11 Jln. Pantai, Hotel Hibiscus, Banglo Mawar, Kg Segenting, Bt 10 Jln Pantai, Kem Segenting, Hotel Blue Lagoon, Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Permaisuri Resort, Hotel Ilham, Kem Pengaman, seluruh kawasan Batu 9 Jln Pantai, Hotel Thistle dan Tmn. Bunga Kertas 1 & 2.
Tmn Anika, Tmn Orkid, Kolej Politeknik, Sekolah Agama Telok Kemang, Tmn Politeknik, Sunrise Village Resort, Lembaga Getah, Bougainvilla Resort, Beach Point Motel, Sri Bulan Kondominium, Laguna Resort, Cocobay Resort, Ocean View Resort, Tmn. Intan Perdana (Fasa 1, 2 & 3), Tmn. Bukit Perdana, Sri Ratu Hotel & Spa, Hotel Mesra, seluruh kawasan Telok Kemang, Sri Intan Kondominium, Kemang Indah Kondominum, Hotel PD Marina, sekitar kawasan Batu 8 & Batu 7 Jln Pantai, kawasan Bt 6 Jln. Pantai.
Sebahagian kawasan Kg. Sawah Sunggala, Sunggala Gateway, Tmn. Sirusa Jaya, Kolej Jururawat, Hospital Besar PD, Marina Crescent, Avillion Admiral Marina, Perumahan Tentera Batu 5 Jln. Pantai, Kem Tentera Batu 5 Jln. Pantai, Desa Lagun Resort, Regency Tanjung Tuan Beach Resort, The Grand Beach Resort serta Bayu Beach Resort dan sehingga sebahagian kawasan Batu 4 Jln. Pantai.
Gangguan di Daerah Seremban mulai pukul 10 pagi hingga 10 pagi keesokan hari melibatkan di Bandar Seremban, Temiang, Templer, Lobak, Jalan Labu Lama, Rahang, Rasah dan Batu 1-9 Jalan Kuala Sawah.
Gangguan di daerah Tampin pada tempoh yang sama melibatkan Jln. Gemas, Jln. Mahkamah, Tmn. Molek, Rumah Rakyat Gemas, Tmn. Desa Permai Gemas, Tmn. Gemas Jaya, Tmn. Sahabat, Tmn. Sentosa, Tmn. Gemas Setia, Tmn. Desa Bakti, Rumah Murah Gemas, Tmn. Damai Gemas, Kg. Sri Gemas, Tmn. Armani, Industri Gemas, Jln. Batu Anam, Jln. Tok Sulong, Kg. Melayu Bukit Masjid, New Village Gemas.
Pekan Gemas, Tmn. Moris, Tmn. Bakti, Tmn. Gemas, Stesyen Bas, Tmn. Gemas Indah, KTM Gemas, Tmn. Sg. Gemas, Pusat Perniagaan Harmoni, Golf Club, Kg. Ladang Gemas, Kg. Bangkahulu, Kg. Ulu Ladang, Kg. Londah, Tmn. Halacara Baru.
Norzita berkata bekalan air akan disambungkan semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat dengan kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh pemulihan yang lebih lama.
Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982.
- Bernama
No comments:
Post a Comment