Promosi ‘Destinasi Melaka’ di Jerman

 


MELAKA 10 Mac - Kerajaan Melaka akan berusaha memastikan wujud kerjasama yang kukuh dengan pihak berkuasa pelancongan di Berlin, Jerman bagi mempromosikan keunikan Melaka sebagai destinasi pelancongan kepada pengunjung dari Eropah.

Bagi memastikan usaha itu ter­lak­sana, kerajaan negeri akan mem­perkenalkan aplikasi pintar ‘Destinasi Melaka’ yang dapat mengetengahkan produk pelancongan negeri tersebut kepada penduduk di Jerman termasuk di seluruh benua itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, menerusi aplikasi tersebut, pelancong dari Eropah boleh memperoleh maklumat mengenai Melaka hanya dengan melayari aplikasi itu yang menyediakan pelbagai lokasi pelancongan dan tumpuan utama pelancong.

“Kerajaan negeri telah menghasilkan satu aplikasi mudah alih untuk mempromosikan pelancongan Melaka yang direka khas oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) Melaka.
“Menerusi aplikasi ini, pengguna telefon pintar di seluruh dunia boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai pelancongan Melaka dan mencari tempat penginapan, lokasi tumpuan pelancong, acara serta festival yang akan berlangsung serta pelbagai promosi pelancongan negeri,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/promosi-8216-destinasi-melaka-8217-di-jerman-1.199372#sthash.1nEPTGdj.dpuf
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment