SEREMBAN: Datuk Seri Najib Razak bersama-sama ribuan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dihoskan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, di rumahnya di Kampung Tanjung, Rantau, dekat sini, hari ini.
Perdana Menteri dengan diiringi anak perempuanya, Nooryana Najwa, tiba pada kira-kira 2 petang dan disambut oleh Mohamad serta beberapa anggota Kabinet dalam suasana penuh meriah. Turut hadir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek; dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/70051
No comments:
Post a Comment