Kadar zakat Negeri Sembilan kekal

 


Seremban: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mengekalkan kadar zakat fitrah seperti tahun lalu iaitu RM6.50 setiap seorang tahun ini.

Pengurus Besar Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS), Nor Azmi Musa berkata, orang ramai diingatkan supaya menunaikan zakat harta dan fitrah kepada amil dilantik yang memiliki kad tauliah serta berhati-hati dengan individu yang menyamar mengaku sebagai amil PZNS.

Beliau berkata,sepanjang Ramadan, PZNS akan membuka kaunter di seluruh negeri tujuh hari seminggu termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum.

€œWaktu urusan kaunter bermula 9 pagi hingga 4 petang manakala waktu urusan bagi hari kerja biasa ialah 8.30 pagi hingga 5 petang.

"€œPembayar zakat juga boleh dilakukan di beberapa pasa raya terpilih sekitar daerah ini pada setiap Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadan ini, dari jam 10 pagi hingga 5 petang," katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58205#sthash.kOaaag4C.dpuf
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment