Bangunan Mydin runtuh: Dua dikhuatiri maut, tiga lagi cedera

 

Photo: Bernama


ALOR GAJAH: Sebuah pasaraya tiba-tiba runtuh di Pulau Sebang di sini melibatkan 15 orang pekerja buruh.

Sekurang-kurangnya 8 orang terperangkap apabila bangunan pasaraya Mydin runtuh dalam kejadian 2.16 petang tadi.

Bernama melaporkan dua orang maut manakala tiga lagi tercedera apabila tempat letak kereta sebuah pasaraya dalam pembinaan di Pulau Sebang, Alor Gajah runtuh 2 petang tadi.

Dua mangsa berjaya dikesan tetapi masih belum ditemu manakala tiga mangsa dikhuatiri masih terperangkap.

Kesemua mangsa adalah pekerja binaan bangunan terbabit.

Kerja-kerja menyelamat melibatkan 78 anggota bomba dengan tujuh jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Kubu, Masjid Tanah dan Bukit Katil.

Turut terlibat 21 pegawai dan anggota polis Jabatan Pertahanan Awam, Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Jabatan Kesihatan.


Read more at: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bangunan-mydin-runtuh-dua-dikhuatiri-maut-tiga-lagi-cedera-63326?cp
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment