Tertuduh, S. Ilamaran, 37, Zulyaddie Mohammad, 33, Muhammad Azam Lindong, 29, Mohd Shaharom Mohd Shariff, 40, K.Ganapathi, 48, dan V.Rakesh, 20, yang dikenakan waran tangkap sebelum ini mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan, semua mereka didapati telah melakukan kesalahan antaranya menunggang motosikal tanpa lesen, memandu kereta tanpa lesen, menunggang motosikal tiada cermin sisi dan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar di sekitar bandar ini, sejak Oktober lalu hingga Februari lepas.
Muhammad Azam dikenakan denda RM500 atas kesalahan memandu kereta tanpa lesen di bawah Akta Pengangkutan Jalan manakala selebihnya memohon kes ditangguh ke satu tarikh yang lain.
Majistret Mohamad Izwan kemudiana menetapkan 4 Jun depan untuk sebutan semula kes dan berharap semua tertuduh hadir ke mahkamah.
Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Polis Trafik , M.Shanmugan Vell.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment