Rumah terbuka Aidilfitri MB Negeri Sembilan di Rantau

 

Pic: https://www.facebook.com/pages/YAB-Dato-Seri-Utama-Haji-Mohamad-Bin-Haji-Hasan

SEREMBAN 22 Julai - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamed Hasan akan mengadakan rumah terbuka sempena Aidilfitri di Kampung Tanjung, Rantau, dekat sini pada 2 Ogos ini.

Beliau berkata, rumah terbuka itu akan berlangsung dari 10 pagi hingga 5 petang.

"Saya seisi keluarga menjemput semua warga negeri ini supaya datang beramai-ramai pada hari tersebut," katanya di sini hari ini.

Katanya, perkhidmatan bas dan van percuma akan disedia di sekitar pekan Rantau untuk ke rumah beliau pada hari terbuka itu.

Hasan berkata, rumah terbuka kerajaan negeri pula akan diadakan pada 1 Syawal di perkarangan Dewan Undangan Negeri di sini dari 10 pagi hingga 2 petang. - BERNAMA
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment