Ekspo berkenaan akan berlangsung selama tiga hari membabitkan 20 pemaju perumahan dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Timbalan Pengerusi REDHA Negeri Sembilan Jenny L P Wang berkata, MAPEX menyediakan 28 ruang pameran bagi memberi peluang kepada pengunjung mendapat maklumat dan membeli hartanah.
“Pelbagai jenis perumahan dan hartanah akan dipamerkan sepanjang ekspo itu termasuk rumah kos rendah, rumah mampu milik, rumah kos tinggi dan bangunan komersial yang turut menawarkan kuota bumiputera kepada pembeli.
“REDHA juga menaja baucar tunai antara RM500 hingga RM2,000 untuk 10 pembeli hartanah bertuah.
Ada cabutan bertuah untuk pembeli hartanah yang membeli hartanah dan melengkapkan pembelian mereka,” katanya dalam sidang media MAPEX di Kelab Royal Sungai Ujong, semalam.
Menurutnya, pemaju yang mengambil bahagian juga menawarkan banyak insentif lain antaranya bayaran yuran guaman dan duti setem bagi pihak pembeli, rebat tunai dan diskaun.
Selain itu, satu sesi ceramah berkaitan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada hari terakhir ekspo juga pasti menambah pengetahuan mengenai pelaksaan cukai itu dan kesannya dalam industri hartanah kepada pembeli.
Credit: http://www.hmetro.com.my/
No comments:
Post a Comment